Friday 23 October 2015

Kebaikan Delima




As-salam & salam indah di pagi Jumaat...

Hari ini Madam ingin kongsi tentang pati jus delima yang boleh kita dapati dari produk NAR EKSISI (gulsan) Pomegranate Concentrate. Produk Halal Turki ini dipek dalam botol setinggi 20 cm ini seberat 250 ml In Syaa Allah tersimpan banyak khasiat untuk pelbagai jenis penyakit dan ada banyak kelebihan jika diamalkan secara istiqamah. Alhamdulillah, madam baru merasai pati delima ini dalam masa dua hari dan Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah kurniakan. Terima kasih kepada saudari Rayyan Amo (Fb buddy) yang mengesyorkan madam satu ketika dahulu.


Friday 16 October 2015

ISTANA DAJJAL DI JABAL HABSHI



FREEMASON :
MADINAH, ISTANA DAJJAL DI JABAL HABSHI
Inilah Istana Dajjal sedang dalam pembinaan di Jabal Habshi.. Menurut alim ulama Mesir, may be dajal will be appear from this place which is out of Haram range in Madina.
Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Dajjal (penipu pada akhir zaman), Dajjal akan datang, memanjat dan menetap di atas Jabal Habshi, melihat ke arah Madinah dan bertanya kepada para pengikutnya;
''Adakah anda melihat Istana Putih itu? itu lah Masjid Muhammad.''
Kemudian Dajjal akan cuba mendekati kota Madinah dan mencari jalan di setiap sudut tetapi malaikat menghalangnya dengan pedang dan Dajjal akan sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat kem. Madinah akan bergegar sebanyak 3 kali dan akan ada orang munafik lelaki atau wanita keluar untuk menyertai Dajjal, ini adalah hari pembersihan"
(Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al 'Adawi dalam Sahih al Musnad, Hadis al Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496)
Dari Anas bin Malik r.a., Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda:
"Tiada suatu negeri pun melainkan akan diinjak oleh Dajjal, kecuali hanya Makkah dan Madinah yang tidak. Tiada suatu lorong pun dari lorong-lorong Makkah dan Madinah itu, melainkan di situ ada para malaikat yang berbaris rapat untuk melindunginya. Kemudian Dajjal itu turunlah di suatu tanah yang berpasir di luar Madinah, lalu kota Madinah bergoncanglah sebanyak tiga goncangan dan dari goncangan-goncangan itu Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mengeluarkan akan setiap orang kafir dan munafik".
(Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari)

DAJJAL MENYERUPAI NABI PALSU
Dajjal akan merupa diri sebagai Nabi Isa a.s..
Wajah sbnrnya akan terdedah ketika dia bertentang mata dgn Nabi Isa a.s di pintu bablud nti..
Jika Dajjal menjelmakan dirinya bermata satu, maka sia-sialah pengembaraannya selama beribu2 tahun
Bknkah Nabi kita berpesan bahawa Dajjal akan mendakwa dirinya Nabi pd awal kemunculannya???
Dan kemudian mendakwa dirinya Tuhan???
Kenapa ada yg mengikutnya ketika Dajjal sejauh itu tega mengaku dirinya Tuhan???
Krn itu sebaik sahaja Nabi palsu ini bertembung dgn Nabi Isa a.s,maka cairlah topeng yg menutupi wajah sbnrnya kelak..
Siapakah yg sedang dinanti oleh umat Islam dan umat kristian akhir zaman ini jika bukan Nabi Isa a.s..
Maka disitulah Dajjal mempunyai peluang dan manfaat besar utk memperdaya sekelian umat manusia..
Jika Dajjal itu merupa diri sebagai org lain, mana mungkin dia mampu mengumpulkan puluhan ribu manusia menyertainya??
Doakan agar kita terbenteng dari fitnah Dajjal..
Info lanjut :
FITNAH DAJJAL
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata : “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?”
Orang itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.
Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”
Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan ku hidupkan dia semula.
Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh.
Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
KESIMPULAN
Adakah kita telah siap sedia berhadapan dengan al Masih ad Dajjal? Segala kelengkapan untuk Dajjal telah dipersiapkan oleh pengikutnya (Freemason) dan terbukti berdasarkan hadis-hadis berkaitan..
Akan tetapi harus diingat bahawa Dajjal tidak akan datang kepada setiap orang manusia dan di setiap penjuru muka bumi ini dengan memperlihatkan dirinya yang 'bermata satu' (luaran) untuk membuktikan dan juga menyesatkan manusia tetapi cukup sekadar menciptakan satu sistem kehidupan yang mana manusia diperhambakan dalam pelbagai aspek duniawi yang sibuk, penuh nikmat, keselesaan, tidak bertuhan dan jauh dari pegangan mahu pun petunjuk Al Quran dan as Sunnah agar umat Islam sentiasa lalai dan menjauhkan diri dari beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT sehinggakan dalam diam ia membutakan 'mata hati' di dalam diri kita, ini lah sebahagian fitnah al Masih ad Dajjal..
Adakah kita sedar apa yang sedang berlaku?
Masih lalai atau masih tidak percaya?
Asyik dengan kesibukan hidup dunia?
Al Quran dan as Sunnah (hadith) telah menceritakan segalanya bagi mereka yang mahu membuka mata hati.
"hidup ini bukan lah kehidupan, mati itulah permulaan kehidupan. Jika merasakan hidup ini adalah kehidupan, hatimu telah pun mati dari kehidupan."

WALLAHU A' LAM

Sunday 11 October 2015

JobDiRumah.Com Memberi Peluang Kerja Di Rumah



 Hai semua! Apa khabar?

Selamat datang ke blog Madam B Stop Wishing Start Doing. Hari ini hari minggu, Ahad yang cerah dan madam percaya hari ini hari penuh semangat lagi cergas selepas mengikuti Hari Sukan Negara semalam yang berlangsung seluruh negara. Nasihat madam teruskan bersenam dan beriadah tiap pagi atau petang sekurang-kurangnya 2 kali seminggu untuk kekal fit.

Baiklah, madam ingin kongsikan job atau kerja di rumah bagi entri hari ini. Madam tahu ada individu di luar sana yang sedang mencari-cari kerja yang sesuai untuk dibuat di rumah sahaja bagi menambah pendapatan diri dan membantu famili. OK jangan risau sebab JobDiRumah.Com  ada solusinya.

Bayaran agak lumayan bergantung pada kerja yang anda pilih dan dengan tugasan yang pelbagai pilihan boleh dipilih mengikut kebolehan dan kepakaran anda. Anda tak semestinya mesti ada kepakaran yang sangat WOW! dalam menggunakan perisian komputer. Cukup anda BOLEH dan MEMPUNYAI ...
  • Menulis, membaca dan faham bahasa Inggeris.
  • Mengunakan komputer dan internet dengan baik.
  • Komputer/ laptop sendiri. (Lebih baik)
  • Akses ke talian internet di rumah.(Kafe siber pun boleh)
Yang best...Anda boleh buat secara sambilan / sepenuh masa. Up to you!
Akhir sekali, sebaik selesai tugasan, anda akan terima bayaran upah melalui Paypal, Cek atau deposit tunai.

Itu sahaja perkongsian untuk Ahad yang penuh ceria ini. Jangan lupa ya, " Stop staring, start working".


Saturday 10 October 2015

Hari Sukan Negara

Salam sejahtera dan selamat menyambut hari sukan!

Perdana Menteri Malaysia telah istiharkan setiap Sabtu minggu kedua pada Oktober setiap tahun sebagai Hari Sukan Negara. Maka hari ini 10 Oktober hari Sabtu dengan rasminya dijadikan sebagai Hari Sukan Negara bagi Malaysia. Suami madam pagi-pagi lagi sudah ke tempat kerja kerana sama-sama ingin memberi sokongan yang padu sempena Hari Sukan Negara di Kelantan. Anda yang lain bagaimana? Madam percaya sambutan yang meriah dan aktiviti berbeza-beza dan menarik diadakan di setiap negeri terpilih. Di Kelantan ada Senamrobik Perdana, Futsal, Frisbee, berbasikal, bola sepak dan banyak lagi aktiviti sihat. Kepada yang turun padang pagi tadi, tahniah kerana anda telah buktikan selaku rakyat Malaysia yang aktif dalam menyahut seruan negara. Kepada yang tidak berkesempatan , jangan lupa Jom Turun Padang pada tahun berikutnya!


Jom LIKE page Hari Sukan Negara beramai-ramai.

Maklumat lanjut layari laman HARI SUKAN NEGARA.

Panduan Jana Wang Dari Rumah

 

Teks: Madam B

Salam inspirasi kejayaan untuk semua pembaca blog Madam B...

Hari ini madam ingin kongsikan apa yang ada dalam ebook sudah pun dibeli satu ketika dahulu iaitu Jana Wang Dari Rumah (JWDR) oleh Masayu Ahmad. Ini adalah ebook ‘dari wanita untuk wanita’ dan dengan ketebalan 83 muka surat ada banyak informasi yang sesuai untuk kebanyakkan wanita yang berimpian mahu bekerja di rumah tetapi tetap menjana duit dari apa yang mereka gemar lakukan.

Selamat datang ke dunia ‘Panduan Menjana Wang Dari Rumah Untuk Wanita’… Terdapat 9 bab kesemuanya dan ebook berjaya ditulis begitu lengkap dan santai bagi wanita untuk fahami akan konsep sebenar dalam memberi peluang pada wanita melakukan penyelidikkan sebelum bermula bekerja di rumah sendiri. Juga meletakkan matlamat yang jelas lagi realistik mengapa perlu bekerja di rumah. Dalam ebook ini ada panduan dan persediaan sebelum memulakan S.O.H.O, sedikit pelan tindakan, motivasi diri dan cara mencari idea ketika bekerja di rumah.

Mungkin ada yang masih tak percaya, sebenarnya trend bekerja di rumah sudah bermula sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an lagi terutamanya di negara maju serata dunia. Ini termasuklah konsep yang telah dinamakan sebagai Work-At-Home-Mom/Dad (WAHM/WAHD), Stay-At-Home-Mom/Dad (SAHD/SAHM), Study-At-Home-Mom (SAHM), Work-At-Home-Mom (WAHM) dan tentunya paling menarik tapi benar adalah Work-At-Home-Parents (WAHPs). Ketujuh-tujuh konsep ini memang semakin menjadi pilihan segelintir individu yang kebanyakkannya sangat mengutamakan kebebasan bekerja sendiri berbekalkan minat iaitu passion!

 Masih ada yang kurang jelas? Baiklah, saya jelaskan lagi sekali bahawa apa yang saya kongsikan ini adalah mengenai bagaimana kita berada di rumah masing-masing, melakukan tugasan atau kerja tertentu, dan akhirnya kita tetap mendapat wang dari apa yang kita lakukan. Ini bermakna kitalah majikan dan kita juga pekerja. Dan semua maklumat dan panduan bagaimana untuk menjadi salah seorang dari konsep seperti di atas boleh diperolehi dengan memiliki ebook ini. Kalau nak tahu kenalah beli ya...kalau tidak anda tidak akan faham secara menyeluruh.

Banyak sebab sebenarnya mengapa kita perlu berada di rumah dan masih tetap bekerja bagi seorang wanita. Lagipun pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini talian internet boleh didapati di mana –mana dan ini menjadikan bekerja di rumah tidak lagi sesuatu yang 'weird'. Ada banyak alasan mengapa kita kaum wanita digalakkan berada di rumah dan saya kongsikan beberapa faktor popular adalah keluarga, kewangan, masa, kebebasan, termasuklah aurat seorang wanita itu sendiri. Penulis banyak berkongsi pengalaman beliau sebelum mengambil keputusan bekerja dari rumah. Juga pendedahan mengapa pula kita tidak berjaya setelah mula bekerja di rumah. Ada banyak sebab. Mungkin disebabkan ketiadaan fokus dan disiplin, cepat putus asa, tiada mentor, tidak tahu kekuatan diri dan kerenah anak-anak yang mahukan perhatian. Dan kegagalan ini semua dapat diatasi dengan adanya motivasi dari segi tip dan persediaan awal sebelum betul-betul bersedia untuk bekerja dari rumah.

Untuk membuktikan ini semua, saya ambil contoh ‘Jutawan Internet’ muda satu ketika dahulu iaitu Irfan Khairi (IK) di mana selepas hanya tiga tahun menjalankan perniagaan internet anak muda itu telah berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM1 juta tanpa perlu ada pekerja dan peralatan komputer yang canggih. Tetapi itu semua sudah tentu dengan syarat kita konsisten dan tahu matlamat yang ingin dicapai. Akhir kata, kita sentiasa berpeluang bekerja dari rumah dengan kemahiran yang kita ada asalkan fokus itu ada, hadirkan minat dengan apa yang kita suka lakukan , tahu urus masa, konsisten mengasah skil dan kemahiran, memilih idola yang tepat, sanggup berubah kearah kebaikan, dan bersemangat. Dan jangan lupa untuk berpijak pada bumi yang nyata kerana realiti kejayaan tidak hadir melalui jalan singkat.


Semoga kita semua berjaya menjana wang dari rumah!

Friday 9 October 2015

Projek Pasif Affiliate Bersama Rahman Basri


"Adakah Anda Ingin Belajar Strategi Bagaimana Anda Boleh Buat Duit Sekurang-kurangnya RM1,000 Dalam Tempoh 30 Hari Di Internet Tanpa Menjual Produk Sendiri?"  - Rahman Basri

Ikuti panduan Rahman Basri yang kini memberi peluang kepada kita untuk belajar cara terbaik dan berkesan menjana pendapatan dari rumah hanya dengan .... 

PROMOSIKAN PRODUK ORANG LAIN TETAPI KITA MENDAPAT KOMISYEN DI LUAR JANGKAAN

 Ini adalah projek terbaru Rahman Basri bagi 2015 dalam berkongsikan apa yang sering kita dengar akan kehebatan ...


AFFILIATE MARKETING 

Selama manakah projek ini untuk kita fahamkan?

"Projek Intensif Selama 6 Bulan Untuk Membantu Anda Jana RM1,000 Komisyen Melalui Affiliate Marketing!"

Jadi apa yang perlu kita buat?
  1. Pilih produk
  2. Promosi produk
  3. Recruit affiliate
Menikut kajian beliau, 90% biasanya akan gagal jana sebarang duit dengan affiliate jika bermula dari bawah. Maka sebab itu kita perlukan mentor yang mahu bantu anda jana sekurang-kurangnya RM1,000 komisyen melalui affiliate. Projek ini dilaksanakan supaya sesiapa juga boleh menjadi affiliate yang menghasilkan komisyen empat angka secara konsisten setiap bulan.

Sertai Projek Pasif Affiliate dengan pakej RM47 KLIK DI SINI

Video InboxCash

Thursday 8 October 2015

B.AD: Bertanya Allah Dahulu

Pada 27 September 2015, madam akhirnya 'berjaya' juga beli dan memiliki sendiri sebuah buku yang berkonsepkan Inspirasi Ketuhanan yang tidang asing lagi iaitu B.A.D.

Bertanya Allah Dahulu kedengaran pada mulanya satu tajuk yang aneh bagi madam. Ini tentang cara berdoa dengan penuh yakin kepada Allah dalam memohon apa sahaja hajat dalam apa jua situasi dengan syarat yakin makbul!


Versi Google Image

BLOG WriteThrough by Insyirah Azhar








Tip Bercuti



Bercuti dan melancong atau pun berjalan-jalan dan sambil makan angin adalah sesuatu yang membuatkan sesiapa sahaja berasa seronok. Tidak kiralah di dalam dan luar negara, rasanya kita semua sangat meminati akan aktiviti yang sangat memberi seribu satu keseronokkan ini. Bagi yang ingin bercuti anda perlu tahu bahawa untuk memulakan percutian yang cukup bermakna kita perlu bersedia dan merangcang terutama sekali dari sudut sumber kewangan. Bagi yang begitu berkeinginan untuk bercuti anda perlu bersedia lebih kurang 10 hingga 12 bulan dari awal. Mengapa? Kerana persediaan kewangan yang cukup selain kesihatan badan yang baik adalah syarat yang mesti dipenuhi. Kecuali jika percutian anda ditaja oleh mana-mana pihak. Namun begitu kita masih tetap mempunyai wang dalam poket sendiri bagi menjamin percutian kita di tempat orang.Mari kita lihat apa yang diperlukan sebelum memulakan percutian.

Simpanan

Apa yang dimaksudkan adalah wang yang anda perlu kumpul untuk memulakan percutian. Caranya adalah menyimpan dan simpan di satu lokasi yang khas sebanyak 10% daripada pendapatan.

Contoh: Dengan gaji RM1, 000.00 anda boleh mula menyimpan RM100 sahaja dan jangan usik wang berkenaan. Terpulang pada kemampuan masing-masing, jika terlalu banyak komitmen boleh ketepikan RM50 sahaja pun sangat memadai. Yang penting konsisten menyimpan!

Bajet

Setelah kita menyimpan, kita perlu buat keputusan dengan duit yang tersimpan untuk bajet. Kemampuan kita yang tidak sama tidak semestinya keinginan kita juga tidak sama. Bagi yang sangat mampu tiada masalah untuk menentukan bajet percutian mereka. Bagi yang kurang mampu bagaimana? Berbalik pada tip No.1 simpanan yang ada mestilah sesuai dengan jumlah simpanan. Fungsi bajet untuk mengelakkan pembaziran yang tidak sepadan dengan kemampuan dan keperluan anda.

Masa

Waktu yang tepat dan sesuai sangat penting untuk memulakan percutian. Jangan bercuti pada waktu yang tidak sesuai atau terkejar-kejar. Pastikan anda siapkan urusan dan komitmen yang sepatutnya terlebih dahulu. Bercuti mengikut keperluan, kesesuaian dan kemampuan. Jangan bercuti kerana mengikut orang lain yang sering pergi bercuti. Biasanya waktu bercuti ‘wajib’ adalah musim cuti sekolah dan cuti umum perayaan yang sedikit panjang. Dan buat keputusan selama mana anda ingin bercuti. Untuk pengetahuan, bercuti selama 3 hingga 5 hari cukup baik.

Destinasi

Ini pilihan anda sendiri. Anda yang mahu bercuti dan anda tentukan lokasi yang terbaik sepanjang bercuti. Pemilihan destinasi ibarat ‘pelaburan’ kerana anda bayar untuk mendapatkan keseronokkan, kepuasan dan ketenangan. Bergantung pada matlamat anda, pemilihan destinasi sangat penting kerana setiap lokasi bercuti tidak sama impak momen yang dirasai sebaik sahaja pulang bercuti. Untuk yang berkeluarga dan punya anak-anak kecil, pilih destinasi yang lebih selamat dan mampu menceriakan hati si kecil. Bagi yang ingin berbulan madu bagi meraikan ikatan suci bersama pasangan, pilihlah destinasi yang lebih romantik. Apa-apa pun berbincang sesama pasangan dan ahli keluarga atau secara berkumpulan sangat disyorkan.


Promosi (Pakej)

Promosi dalam negara sangat banyak. Anda cuma perlu rajin bertanya, peka dan buat carian sendiri daripada sumber dan rujukan yang boleh didapati di mana-mana. Contohnya majalah khas Libur atauTime Out Malaysia mahu pun laman sesawang berkaitan percutian. Pasti seronok apabila anda baca dan cari sendiri informasi percutian. Dengan memilih promosi yang ditawarkan pasti membuka mata dan minda anda untuk bercuti setiap tahun.

Tempahan

Sebaik sahaja anda rangcang dan buat keputusan destinasi bercuti, tiba masanya anda membuat tempahan seawal mungkin. Digalakkan anda lakukan ini dalam masa bebrapa bulan lebih awal. Langkah ini bagi mendapatkan pakej istimewa iaitu lebih murah berbanding hari biasa. Kita semua sedia maklum dengan tempahan secara atas talian (online), bayaran keseluruhan juga jauh lebih murah.


Kelengkapan

Bawa barang yang dirasakan penting seperti pakaian yang diperlukan , gajet komunikasi, ubat asas, dan barang lain yang perlu. Mulakan kemas barang dengan buat senarai ‘Barang Mesti Bawa’ bagi memudahkan anda mengesan apa yang benar-benar perlu sahaja. Pilih untuk ‘travel light’ seberapa yang boleh bagi mengelakkan anda ‘stres’ dengan barang yang tak perlu lagi mengganggu semangat bercuti anda kelak.

Pengangkutan

Ini melibatkan mod bagaimana anda ingin sampai ke destinasi percutian bermula dari pintu rumah hingga ke pintu bilik hotel anda. Bagi yang menggunakan kenderaan sendiri pastikan servis kereta dilakukan bagi keselamatan lebih terjamin. Sekiranya anda memilih pengangkutan awam sama ada udara, jalan atau air lakukan pengiraan bajet dengan sebaiknya. Sama juga bagi yang bercadang mahu memandu (menyewa) kereta apabila tiba di sana pemilihan kenderaan dibahagikan kepada jenis seperti ekonomi, kompak, standard, full size, full size wagon, 4WD, premium, dan yang terkini motorhome atau campervan.

Wang

Bercuti dan wang tidak dapat dipisahkan. Tetapkan berapa jumlah wang tunai dan pastikan ada simpanan lain dalam mana-mana akaun bank. Semua ini akan memainkan peranan di saat kecemasan yang tidak dapat kita jangka. Berbalik kepada tip kedua iaitu bajet, pengiraan wang yang teliti dan perbelanjaan yang berhemah amat disarankan.

Peta

Ada baiknya sebelum bercuti anda dapatkan peta destinasi bagi merangcang aktiviti dan mengetahui kedudukan lokasi menarik di sekitarnya. Sekurang-kurangnya anda dapat gambaran sebenar tempat yang ingin dilawati dari lokasi penginapan. Bagusnya dengan ada peta di tangan anda mungkin dapat mengelak berlakunya kesilapan dari segi jarak perjalanan. Selain peta fizikal yang boleh dibeli, kini terdapat pilihan aplikasi yang boleh dimuat turun ke telefon pintar. Bagi yang belum ada anda boleh cuba aplikasi Waze, Instago di Google Play atau NearMe di Apple Store.

Suvenir

Perkara terakhir yang perlu anda lakukan iaitu membawa pulang suvenir untuk diri sendiri sebagai kenang-kenangan berada di tempat orang untuk dihadiahkan kepada orang lain. Sememangnya sangat banyak pilihan untuk dibawa pulang namun anda perlu bijak dan menggunakan deria keenam dengan sebaiknya bagi membeli suvenir yang tidak terlalu memakan bajet anda sebelumnya. Sentiasa ingat bahawa tidak perlu benda yang mahal kerana paling mustahak adalah keikhlasan anda.


Ok ta-ta...selamat bercuti!

Wednesday 7 October 2015

Seminar Magnet Kejayaan 2015 Azizan Osman

MAGNET KEJAYAAN 2015 ini merupakan sebuah 'Klinik' berbentuk keusahawanan untuk para usahawan dan bakal usahawan atau sesiapa sahaja yang 'serius' mahu mencipta kejayaan dan merealisasikan impian. Seminar ini adalah inspirasi individu yang sangat berjaya dalama Malaysia tidak lain tidak bukan Dr. Haji Azizan Bin Osman. Atau nama ringkasnya yang semua orang kenal iaitu Azizan Osman.

Baiklah, sebelum itu jom kita jawab soalan-soalan di bawah ini:



Bagi yang gemarkan FREE eBOOK, kita boleh download dan dapatkan di web ini. Klik Di Sini
Seperti yang dijanjikan akan ada  PERKARA BAKAL KITA PELAJARI antaranya cara mengatasi halangan kejayaan, mencipta kejayaan 'luar biasa', mengenali ketakutan diri, mengapa poket /wang kita 'bocor', dan cara menguasai kekuatan dan kelebihan dalam diri serta banyak lagi. 

Anda yang berusia 21 tahun ke atas layak untuk sertai seminar ini dan cara pendaftaran paling mudah juga disediakan secara SMS. Yuran daftar sangat reasonable untuk seorang hanya RM50 dan bagi berkumpulan seramai 3 orang hanya RM90. 


Kepada yang mahu mendaftar dan menjadi anak didik Azizan Osman, jom KLIK DI SINI.

Tuesday 6 October 2015

RM8640 Setahun Bersama Program Niaga Affiliate

Hai semua...apa khabar?

Jom kita buat kira-kira sikit untuk 1 tahun....

RM1 x 30 hari = RM30
RM30 x 12 bulan = RM360
RM360 x 24 jam = RM8640

WOW!!! Very amazing...sangat banyakkan???

OK di sini saya nak kongsi dengan anda apa yang sangat mudah untuk kita sama-sama lakukan.
Tak susah sebenarnya nak buat duit dengan usaha sendiri.Sebab ada 1 syarat sahaja.
Syaratnya = Tekad melakukannya sehingga kaya dan berjaya!
Dan syarat itu saya sendiri boleh dan mampu lakukan.
Anda juga boleh, sebab saya dan anda manusia yang dianugerahkan akal,kreativiti dan kekuatan tersendiri oleh Tuhan Yang Maha Kaya.



 Anda berhak untuk tahu dan baca dengan lebih lanjut apa yang saya maksudkan.

Baiklah, oleh sebab masa bergerak begitu pantas, saya tak mahu buang masa anda kerana kita perlu bertindak pantas dalam melakukan sesuatu untuk diri sendiri.
Klik Di Sini untuk dapatkan method buat duit dengan affiliate yang sangat mudah!

Jumpa lagi...adios.