Malaysia Cheap Web Hosting

Saturday 10 October 2015

Panduan Jana Wang Dari Rumah

 

Teks: Madam B

Salam inspirasi kejayaan untuk semua pembaca blog Madam B...

Hari ini madam ingin kongsikan apa yang ada dalam ebook sudah pun dibeli satu ketika dahulu iaitu Jana Wang Dari Rumah (JWDR) oleh Masayu Ahmad. Ini adalah ebook ‘dari wanita untuk wanita’ dan dengan ketebalan 83 muka surat ada banyak informasi yang sesuai untuk kebanyakkan wanita yang berimpian mahu bekerja di rumah tetapi tetap menjana duit dari apa yang mereka gemar lakukan.

Selamat datang ke dunia ‘Panduan Menjana Wang Dari Rumah Untuk Wanita’… Terdapat 9 bab kesemuanya dan ebook berjaya ditulis begitu lengkap dan santai bagi wanita untuk fahami akan konsep sebenar dalam memberi peluang pada wanita melakukan penyelidikkan sebelum bermula bekerja di rumah sendiri. Juga meletakkan matlamat yang jelas lagi realistik mengapa perlu bekerja di rumah. Dalam ebook ini ada panduan dan persediaan sebelum memulakan S.O.H.O, sedikit pelan tindakan, motivasi diri dan cara mencari idea ketika bekerja di rumah.

Mungkin ada yang masih tak percaya, sebenarnya trend bekerja di rumah sudah bermula sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an lagi terutamanya di negara maju serata dunia. Ini termasuklah konsep yang telah dinamakan sebagai Work-At-Home-Mom/Dad (WAHM/WAHD), Stay-At-Home-Mom/Dad (SAHD/SAHM), Study-At-Home-Mom (SAHM), Work-At-Home-Mom (WAHM) dan tentunya paling menarik tapi benar adalah Work-At-Home-Parents (WAHPs). Ketujuh-tujuh konsep ini memang semakin menjadi pilihan segelintir individu yang kebanyakkannya sangat mengutamakan kebebasan bekerja sendiri berbekalkan minat iaitu passion!

 Masih ada yang kurang jelas? Baiklah, saya jelaskan lagi sekali bahawa apa yang saya kongsikan ini adalah mengenai bagaimana kita berada di rumah masing-masing, melakukan tugasan atau kerja tertentu, dan akhirnya kita tetap mendapat wang dari apa yang kita lakukan. Ini bermakna kitalah majikan dan kita juga pekerja. Dan semua maklumat dan panduan bagaimana untuk menjadi salah seorang dari konsep seperti di atas boleh diperolehi dengan memiliki ebook ini. Kalau nak tahu kenalah beli ya...kalau tidak anda tidak akan faham secara menyeluruh.

Banyak sebab sebenarnya mengapa kita perlu berada di rumah dan masih tetap bekerja bagi seorang wanita. Lagipun pada zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini talian internet boleh didapati di mana –mana dan ini menjadikan bekerja di rumah tidak lagi sesuatu yang 'weird'. Ada banyak alasan mengapa kita kaum wanita digalakkan berada di rumah dan saya kongsikan beberapa faktor popular adalah keluarga, kewangan, masa, kebebasan, termasuklah aurat seorang wanita itu sendiri. Penulis banyak berkongsi pengalaman beliau sebelum mengambil keputusan bekerja dari rumah. Juga pendedahan mengapa pula kita tidak berjaya setelah mula bekerja di rumah. Ada banyak sebab. Mungkin disebabkan ketiadaan fokus dan disiplin, cepat putus asa, tiada mentor, tidak tahu kekuatan diri dan kerenah anak-anak yang mahukan perhatian. Dan kegagalan ini semua dapat diatasi dengan adanya motivasi dari segi tip dan persediaan awal sebelum betul-betul bersedia untuk bekerja dari rumah.

Untuk membuktikan ini semua, saya ambil contoh ‘Jutawan Internet’ muda satu ketika dahulu iaitu Irfan Khairi (IK) di mana selepas hanya tiga tahun menjalankan perniagaan internet anak muda itu telah berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM1 juta tanpa perlu ada pekerja dan peralatan komputer yang canggih. Tetapi itu semua sudah tentu dengan syarat kita konsisten dan tahu matlamat yang ingin dicapai. Akhir kata, kita sentiasa berpeluang bekerja dari rumah dengan kemahiran yang kita ada asalkan fokus itu ada, hadirkan minat dengan apa yang kita suka lakukan , tahu urus masa, konsisten mengasah skil dan kemahiran, memilih idola yang tepat, sanggup berubah kearah kebaikan, dan bersemangat. Dan jangan lupa untuk berpijak pada bumi yang nyata kerana realiti kejayaan tidak hadir melalui jalan singkat.


Semoga kita semua berjaya menjana wang dari rumah!

No comments:

Post a Comment