Malaysia Cheap Web Hosting

Friday 23 October 2015

Kebaikan Delima




As-salam & salam indah di pagi Jumaat...

Hari ini Madam ingin kongsi tentang pati jus delima yang boleh kita dapati dari produk NAR EKSISI (gulsan) Pomegranate Concentrate. Produk Halal Turki ini dipek dalam botol setinggi 20 cm ini seberat 250 ml In Syaa Allah tersimpan banyak khasiat untuk pelbagai jenis penyakit dan ada banyak kelebihan jika diamalkan secara istiqamah. Alhamdulillah, madam baru merasai pati delima ini dalam masa dua hari dan Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah kurniakan. Terima kasih kepada saudari Rayyan Amo (Fb buddy) yang mengesyorkan madam satu ketika dahulu.




Buah delima atau Ar-Rumman dalam bahasa Arab disebut sebanyak tiga kali dalam al-Quran. Buah Delima adalah salah satu buah yang terdapat dalam syurga. Nama saintifik bagi buah delima adalah Punica Granatum yang diambil dari Bahasa Perancis yang bermaksud epal yang berbiji.


Di antara khasiat pati delima adalah:

  •     Anti Oksida yang tinggi.
  •     Bersifat panas dan lembab;
  •     Baik untuk menguatkan perut, tekak dan paru-paru kerana ia melegakan batuk.
  •     Melegakan batuk dan menghilangkan kahak.
  •     Merawat sinus.
  •     Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan.
  •     Mencuci darah kotor.
  •     Mengatasi penyakit Anemia dengan membekalkan zat besi secukupnya.
  •     Menormalkan fungsi hati.
  •     Menstabilkan peredaran darah.
  •     Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur dan sakit gigi.
  •     Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (melangsingkan badan).
  •     Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (dapat mencegah Gout).
  •     Mengelakkan daripada rasa mual (hamil) ,melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan       ibu mengandung.
  •     Mencantikkan dan menggebukan kulit bayi.
  •     Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid.
  •     Menegangkan payu dara.
  •     Merapatkan dan menyuburkan rahim.
  •     Mampu menurunkan kadar glukosa / gula dalam darah (Kencing Manis).
  •     Mencegah serangan angin ahmar.
  •     Melancarkan fungsi buah pinggang.
  •     Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  •     Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak.
  •     Dikenali juga ‘natural viagra’ kerana dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki.
  •     Mencegah kemandulan dan meningkatkan kesuburan.
  •     Mengeluarkan peluh / toksin.
  •     Melegakan sakit kepala.
  •     Membunuh cacing dalam usus.
  •     Menambah darah.

No comments:

Post a Comment