Malaysia Cheap Web Hosting

Saturday 10 October 2015

Hari Sukan Negara

Salam sejahtera dan selamat menyambut hari sukan!

Perdana Menteri Malaysia telah istiharkan setiap Sabtu minggu kedua pada Oktober setiap tahun sebagai Hari Sukan Negara. Maka hari ini 10 Oktober hari Sabtu dengan rasminya dijadikan sebagai Hari Sukan Negara bagi Malaysia. Suami madam pagi-pagi lagi sudah ke tempat kerja kerana sama-sama ingin memberi sokongan yang padu sempena Hari Sukan Negara di Kelantan. Anda yang lain bagaimana? Madam percaya sambutan yang meriah dan aktiviti berbeza-beza dan menarik diadakan di setiap negeri terpilih. Di Kelantan ada Senamrobik Perdana, Futsal, Frisbee, berbasikal, bola sepak dan banyak lagi aktiviti sihat. Kepada yang turun padang pagi tadi, tahniah kerana anda telah buktikan selaku rakyat Malaysia yang aktif dalam menyahut seruan negara. Kepada yang tidak berkesempatan , jangan lupa Jom Turun Padang pada tahun berikutnya!


Jom LIKE page Hari Sukan Negara beramai-ramai.

Maklumat lanjut layari laman HARI SUKAN NEGARA.

No comments:

Post a Comment